My holiday is coming to a rapid end… Dah nak kena balik dah…

Aku dah nak pulang ke Brisbane hari Ahad ni setelah sebulan bercuti. Rasa cepat sungguh. Dulu, masa nak pulang ke Malaysia, aku rasa malas je. Ya lah, risau kena “barrage of questions” pasal universiti, bila nak “graduate”, dan lain-lain. Sekarang pula, lepas dah selesai banyak kerja dan masalah, aku rasa malas pula nak pulang ke rutin yang bosan di Australia.

Ya lah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.

Selalunya, sebelum aku pulang bercuti di Malaysia, aku suka “set target” untuk dicapai semasa di Malaysia. Kali ni, boleh dikatakan 70% lah juga sasaran tu di capai. Ok lah. Alhamdulillah. Tapi yang malangnya, sasaran yang paling penting tu masih belum dicapai. Sasaran yang dah lebih 10 tahun aku buat, masih menemui jalan buntu. Entahlah…

Apa-apapun, kadang-kadang aku risau juga tengok negara Malaysia ni. Ya lah, tak sudah-sudah bergaduh pasal perkauman, dan tak sudah-sudah bergaduh pasal politik. Yang menerima akibatnya, ekonomi Malaysia dan orang-orang Malaysia tu sendiri. Aku rasa, buat masa sekarang, kalau fokus tenaga tu untuk cari cara-cara untuk elakkan negara daripada merana teruk daripada krisis ekonomi dunia lagi baik. Channel that energy to something more pressing. Ramai-ramai kita jadi kaya. Ramai-ramai kita gembira. Ini pula, tak habis-habis menuduh sama sendiri.

Satu lagi, kalau tak ada apa-apa halangan, insyaAllah aku akan “graduate” tahun ini. Doa-doakanlah aku “graduate” cepat ye?

————————————–

Go to HOME
Go to SITE MAP
Go to DISCLAIMER

Leave a Reply
You May Also Like