Hukum Amanah Saham Bumiputera : Harus (LATEST)

Folks, I just received an e-mail about the Hukum for investments in Amanah Saham Bumiputera (ASB) and Amanah Saham Nasional (ASN). I’d like to share with you of the news article. I’m not sure from where this article is from, so if anyone can confirm, do share in the comments section. The fatwa was released by the Majlis Fatwa Kebangsaan and the hukum is HARUS.

Here you go:

Melabur dalam ASB, ASN harus: Fatwa

Oleh Suhana Roslan

KUALA TERENGGANU: Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah harus.

Berikutan itu, umat Islam tidak perlu ragu-ragu mengenai status pelaburan kedua-dua skim berkenaan.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti dan mempertimbangkan semua kesan daripada pelaburan berkenaan.

Beliau berharap tiada pihak membangkitkan lagi isu kononnya hasil skim pelaburan itu haram.“Umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu ragu-ragu terhadap status pelaburan yang dibuat serta dividen atau bonusnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-80 di sini.Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Muhamad Datuk Sheikh Abdul Aziz dan Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Muzakarah selama tiga hari itu dihadiri semua mufti.Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan pembangunan secara komersial membabitkan tanah wakaf yang diwasiatkan untuk pembinaan masjid dan surau adalah harus.Beliau berkata, isu itu pernah dibangkitkan kerana wasiat khusus seumpama itu menghalang tanah wakaf terbabit dibangunkan secara komersial.

“Tanah wakaf ini sekiranya dimanfaatkan untuk pembangunan, mampu menjana pendapatan ekonomi negara, sekali gus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa juga memutuskan pembangunan tanah wakaf seperti masjid dengan tambahan projek pembangunan dan penambahbaikan dengan jaminan harta wakaf itu kekal adalah diharuskan dalam Islam.

“Bagaimanapun, syarat pembangunan mesti merujuk kepada niat asal pewakaf bagi memastikan kehendak mereka ditunaikan sekali gus memberi kepuasan kepada semua pihak.

“Projek pembangunan yang akan dilaksanakan berpandukan kepada keperluan yang ditentukan pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam dengan mengekalkan ciri-ciri pewakaf seperti kebajikan amal jariah mereka,” katanya.

Beliau berkata, muzakarah turut memutuskan penggunaan barangan yang mempunyai lambang agama lain seperti salib secara zahir dan jelas adalah dilarang penggunaannya oleh umat Islam.

Go to HOME

Go to SITE MAP

Go to DISCLAIMER

Other related posts

ASB : Amanah Saham Bumiputera

Borrow to Invest : ASB Loan Part 1

ASB Rates for Previous Years

Calculating ASB Dividends & Bonus

Understanding Unit Trust

Leave a Reply to Anonymous
You May Also Like