Sunday Market: After all, you people invented that!

Okay, hari ni aku tak rasa macam nak tulis dalam Bahasa Inggeris. Entri kali ini akan digunakan dengan bahasa bercampur-campur dan menggunakan perkataan ‘aku’.

Sebabnya, nak kutuk sesetengah golongan di Australia ni.

Topiknya, perkauman dan hal-hal yang berbau perkauman.

Ini adalah entri untuk aku meluahkan perasaan tak puas hati aku. Kalau tak suka baca benda-benda macam ni, jangan proceed.

Okay, you’ve been warned.

Di tempat aku berniaga di pasar pagi hari Ahad, rata-rata, orang yang datang baik belaka. Tapi kadang-kadang ada juga yang macam sial.

Yang sialnya, kadang-kadang aku tak puas hati dengan komen yang keluar dari mulut dia org. Biasanya, aku respon dengan senyuman dan gelak ketawa je. Malas nak layan.

Mungkin dia org nak berjenaka lah kot. Tapi, aku rasa, kalau nak berjenaka, tak payah lah sampai macam nak “degrade” org.

First sekali, apa yg berlaku Ahad lepas. Takdelah racist sangat. Cuma, cara dia cakap tu je yg aku tak suka sangat. Dia minta kurangkan harga barang. Aku cakap tak boleh. Dia kata “Of course I’m going to haggle mate. After all, you people invented that [Haggling]”. Aku tak puas hati bila dia guna perkataan “YOU PEOPLE INVENTED THAT”. Emphasis on “YOU PEOPLE”.

Second pulak dah lama dah. Tak berapa ingat sangat. Tapi, yang aku tahu, aku rasa degraded betul. Satu pasangan ni nak beli berus cuci pinggan. Dia tanya apa gunanya benda tu. Kita org cakap lah untuk cuci pinggan boleh, cuci benda lain pun boleh. Lepas tu suami dia cakap something like “they’re asians, they even use it to wash their toilets” dan diikuti dengan gelak ketawa. Aku pun gelak sekali lah. Macam aku cakap, malas nak layan. Aku sebenarnya takde masalah dengan statement tu. Cuma bila kau cakap seolah-olah menuding jari dan guna perkataan yang generalise-kan orang, itu yang tak betul tu.

Yang ketiga ni aku rasa macam sial sekali. Ada mat saleh ni dia tanya apa benda entah kat aku, dan aku tak faham sebab dia mumble. Ye lah, kalau korang pernah duduk kat Australia, korang akan perasan yang mat saleh kat sini suka mumble bila bercakap. Kadang-kadang, mumble pekat sampai apa dia merepek pun tak tahu. Anyway, bila aku buat muka pelik sikit dan cakap “Pardon?”, dia buka mulut dia besar-besar dan bercakap dengan aku sepatah demi sepatah….. dan perlahan-lahannnnnnn. Contohnya:

IIIIIIIII………… WWWWWWOOOOOOOOOOOOUUUUUUUUULLLLLLDDDDDDD……… LLLLLIIIIIKKKKKKEEEEEEEEE……….. TOOOOOOOOO…… BBBUUUUUYYYYYYY……. TTTTHHHHIIIIISSSSSSS….. HHHHHOOOOWWWWW….. MMMMMMMUUUUCCCCCHHHH?????…….

Pergggghhh. Seolah-olah aku ni retarded. Seolah-olah jantan Asia ni bengong tak reti berbahasa Inggeris. Rasa mcm nak lepuk pun ada.

Apa-apapun, seperti aku kata, rata-rata orang kat Australia ni baik dan sopan semuanya. In fact, aku rasa, kadang-kadang perangai lagi elok dari orang Malaysia. Cuma, sesetengah tu je yang macam setan sikit.

Ok, entri complain berakhir.

Satu lagi, walaupun dah terlambat, nak ucapkan jugak. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin πŸ™‚

————————————–

Go to HOME
Go to SITE MAP
Go to DISCLAIMER

About nadlique

This blog is about the journey of a 28-year-old Malaysian towards financial freedom. This blog was started back when the blogger was 21 years old. However, his journey towards financial freedom had begun way before that. Materials such as investing, business, entrepreneurship, equities, and real estate are presented. The author also posts his thoughts and observations on life in general.

Comments

  1. aku pnah keje kat pizza hut. generally, org mesia layan aku cam aku ni khadam ke hape.. org bkn mesia layan aku baik sket.. ade perkataan please kat blkg.

    mmg keje yg involve dgn customer camni kan? jumpe org cam s**l mest rase nk marah.

    selamat hari raya, maaf zahir batin

  2. jgn cakap keje yg involve customer, maintain blog pun ada jugak visitor yg boleh membuatkan kita bengang. hahaha.

  3. tapi nak buat mcm mana, dah nak cari makan πŸ™‚

  4. adeh.. aku kah blog visitor yg buat ko bengang?

  5. Bukanlah! Hahaha. Terasa pulak dia πŸ˜€

  6. Aiks..

    org mesia pun ada yng setan setan jugak..#

    kesian semua immigrant yea..

    dipanggil pendatng

  7. but i agree, some ppl are just idiotz

  8. selamat hari raya. πŸ™‚

    if you have nothing nice to say,say nothing at all.ni hok kawe ingat sokmo.tapi time maroh gak…menatam serbo mok niko ttubik slaluh. πŸ™‚

  9. Salam.. tumpang lalu
    hmm.. ada jugak aku kene..lelebih bile anak buat perangai kat shopping mall.cara diorang pandang aku 1 macam je…tapi dah lali skitla., sebal je masih ade.lum kebal lagi.ni dah masuk 5th year..pjg lagi masa.Bak kate laki aku.. kit ewat hal kite je.. takyah amik pusing.

    ::tumpang tanye..ramai ke keluarga melayu kat GC ni?::

  10. Haha…as long as you deal with people, you have to ‘deal with people’.

    I’m working in a government sector my dear, and surrounded by sick people, with even ‘sicker’ relatives sometimes. But off course, not ALL the times.

    I think these are the people when we look back, and laugh at.

Speak Your Mind

*

Return to top of page

Copyright © 2021 · Faliq Fauzi · Log in