“Demi Agama, Bangsa, dan Negara” selalu sangat diulang-ulang dalam masyarakat kita. Baru-baru ni, aku terfikir, apa yg dimaksudkan sebenarnya dengan frasa tu?
Aku selalu tertanya, Agama apakah yang dimaksudkan? Bangsa apakah yang dimaksudkan? Negara apakah yang dimaksudkan?
Aku rasa, untuk yang ketiga tu, boleh lah kita bersetuju bahawa Malaysia yang dimaksudkan.
Persoalannya sekarang, macam mana pulak dgn Agama dan Bangsa?
Sebagai contohnya, kita kata “Kita mesti berkorban demi agama, bangsa, dan negara.”
Untuk orang Melayu Islam, maksudnya “Kita mesti berkorban demi Islam, Melayu, dan Malaysia.”
Untuk orang Cina beragama Buddha, maksudnya “Kita mesti berkorban demi Buddha, Cina, dan Malaysia.”
Untuk orang India beragama Hindu, maksudnya “Kita mesti berkorban demi Hindu, India, dan Malaysia.”
Kita sering berkata dan bersyarah tentang perpaduan. Tetapi, kalau difikirkan, bukankah frasa “Demi Agama, Bangsa, dan Negara” itu sendiri sudah mewujudkan segregasi di antara kaum?
Entahlah…
————————————–
Go to HOME
Go to SITE MAP
Go to DISCLAIMER